Lambang Kota Dumai Kota_Dumai

  1. Perisai Tameng, mengandungi makna sebagai pelindung dengan lima sudut melambangkan Pancasila. Seluruh bahagian perisai berwarna hijau lumut yang melambangkan kesuburan dan kesejahteraan.
  2. Tulisan Kota Dumai, menunjukkan status daerah, berwarna merah dengan dasar putih.
  3. Jalinan Tali, dengan jumlah jalinan 27 yang menunjukkan tanggal 27 sebagai hari jadi Kota Dumai, berwarna coklat.
  4. Tangki Minyak dan menara bertingkat 3 menunjukkan 3 kecamatan pada awal berdirinya Kota Dumai, berwarna putih.
  5. Mata Rantai berjumlah 99, melambangkan tahun berdirinya Kota Dumai dan melambangkan rasa persaudaraan dan sikap kebersamaan masyarakat majmuk, berwarna kuning emas.
  6. Bintang melambangkan masyarakat beragama, berwarna kuning emas terletak antara hujung padi dan kapas yang melambangkan kesejahteraan Kota Dumai. Padi berwarna kuning emas dan kipas berwarna putih.
  7. Padi dan Kapas Melambangkan Kota Dumai sebagai pelabuhan samudera, kota transit dan kota pelabuhan eksport dan import, berwarna coklat.
  8. Perahu Besar dan Kren dengan 3 gelombang yang melambangkan 3 komponen pembangunan iaitu pelaksanaan, pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang, berwarna putih dan biru.
  9. Gelombang Laut melambangkan kedaulatan dan semangat juang masyarakat Dumai yang tidak kunjung padam. Tulisan Negeri Bertuah bermakna ungkapan rasa syukur atas kejayaan dan perjuangan masyarakat Dumai yang bertekad memajukan dan mengembangkan daerahnya, berwarna merah.